Tuesday, February 2, 2010

Nyayian anak Bukit (coretan Masa Kecilku Part 1 )

kita selalu berharap..akan adanya episod baru dalam laluan kehidupan kita. Tetapi sejauh mana kita melalui cabaran hidup..sejauh mana kita survive dan sejauh mana kita mengenal erti "hidup".

Aku bermula dengan satu perjalanan yang jauh,meniti zaman kanak-kanak bermain layang-layang, menangkap ikan pelaga, memancing, berkhemah dan menghabiskan cuti sekolah di pantai cahaya bulan. Berbasikal ke kota bharu dan seterusnya kepantai sehingga keesokan paginya. hinggakan ingin kurasa terbang kembali menyusuri zaman kanak-kanak yang jauh dari memikirkan perit dan lelah dalam kehidupan.

seakan ingin dibaca kembali buku-buku teks sekolah semasa bersekolah rendah. Menjawab semua soalan peperiksaan. membeuatkan aku terfikir betapa banyak waktu yang ku sia-siakan dahulu sekiranya aku gunakan secara bernilai pastinya takkan ku lalui perit dan lelah dalam menyusuri hidup ini.

coretan ini mungkin agak panjang..

kerana mungkin ada kulupakan, tiada hari esok kiranya kita tak bermula dengan hari semalam. Menjadi anak peneroka bukan sesenang yang dibayangkan sekarang. dahulu kami berjalan kaki kesekolah. meniti batu lada merah. hanya berpayung kecil yang dikongsi bersama mbong dan mek chek kesekolah dalam kebasahan. membuatkan kasut sekolah yang berwarna putih menjadi kemerahan. Pada waktu malam pula kami membaca dibawah pelita, dan masih kuingat kenangan manis bila kami berkongsi pensil warna steadler yang kecil itu bertiga. Kesusahan mengajar kami..erti kesungguhan dalam hidup.



Namun hubungan akrab dari kecil membuatkan kami tak pernah bertelingkah sesama sendiri, dari kecil sampai sekarang.Dahulu kami akan berbasikal bersama-sama keladang kelapa sawit abah untuk mengutip buah relai. biji-biji yang jatuh dari kelapa sawit yang dikait untuk duit tambahan. Dimasukkan kedalam guni, dan lori akan datang untuk mengambil guni2 tersebut untuk dihantar ke kilang.



Cerita masa sekolah tadika mbong

kenangan ini membuatkan aku ketawa seorang jika teringat..sebab adik aku no 2nie nama timangan nya mbong. dan pada masa sukaneka tadika. mbong masuk pertadingan berebut gula-gula, dan dia menang tetapi masa penyampaian hadiah mbong menangis sakan bila nama tak dipanggil untuk ambik hadiah..sebabnya. first dia memang manja pada masa tue then dia dapat nombor satu so mestilah yang nombor satu dipanggil akhir sekali..

tapi satu jek yang aku respect ngan mbong sebab dia boleh dikatakan kakak kepada adik2 lain so dia punyer protective tue memang ada. tambah2 badan dia agak debab sikit masas sekolah so kalau ader yang nak buli kak chek atau gjah pasti orang tue kene balik ngan dia.

Balut buku teks sekolah..

aku sebagai abang biasanya akan membalut semua buku sekolah. buku mbong, mek check ngan gjah. Kalut nak yang mahal, balut ngan plastik tapi biasanya kami balut dengan kertas minyak yang berwarna coklat tue. Harga pada masa tuh sekitar 40 sen..tapi kalau balut pakai kertas minyak sahih budak2 sekarang menangis terguling2 kene gelak kat sekolah..yerla budak2 sekarang mana main kertas2 minyak nie kan..mesti nak plastik yang glamour sikit.

hermm..

Masa petang pulak dihabiskan dengan main polis sentri, main coh dan main bola bayang..biasanya yang akan ikut serta seraf,izul, noyi, suria, mbong, mek cheq. Malam pulak mengaji di rumah arwah pak cik asan. Guru mengaji yang agak garang jugak. Alfatihah untuk arwah..

Walaupun aku anak kampung, yang besar jauh dari hiruk pikuk kota tapi aku bangga kerana. ma mampu melahirkan generasi yang sudah 7 dari 9 anak2nya menjejakkan kaki ke menara gading. walaupun sebenarnya ma tak mampu mebaca dan menulis. Abah pun tak belajar tinggi, dan hanya bekerja sebagai peneroka.

Lagu ini kutujukan khas untuk ma ngan abah:


"ayah dan ibu..

ayah dan ibu itulah permulaan kami

untuk melihat bulan dan matahari.."

Nyayian:Arwah sudirman.