Monday, July 30, 2012

Pot luck Ramadhan..Part 1

hermm..tengah mengplankan family utk pot luch ramadhan a.k.a majelis bebukak posa secara pot luck and menunya ditentukan secara diktator oleh aku ai iaitu nasik kerabu special..harap2 dapat approval mem jugak since dia yg akan siapkan sambal segala bagai.. first2 bincang..angah tanya aku buat hapa since aku suruh dia beli ayam 2 ekor, daging 2 kilo ngan sutun utk dicelup tepung dalam 2.5 kilo sebab plan2 nak ajak gak sepupu2 yg lain. so dengan selambanya nyer laa aku jawab.. okeh utk part aku ngan kak long " tauge satu palastik, daun kesum 2 ikat, kcang pnjang 2 ikat ngan mentimun, lepah tue nasik ngan sambal ikan" terus dia jerit..taik idung masinnn tul arr, aku ko suh beli memacam..ko beli sayur tue x sampai 5 hengget,,,
yang masakan nie lak sapa pernah makan..Lawar ikan, sejenis makanan kelantan sebab aku sempat buat lauk nie semalam untuk bukak pose, sendiri masak n memang best sebab dia tak perlukan api lansung.., yg perlu ialah ikan yang difillet mentah, asam nipis, daun kesum, kacang panjang,bawang merah.. then here we go, gaul2kan semua bahan tersebut, perap dalam 1 jam, bila azan jek..suapla ke mulut ngan berselera...

Sunday, July 22, 2012

Ramadhan Kedua vs 39c n Batuk2

Adoyaii masuk ramadan kedua keadaan aku still sama lagi, cuma lebih baik sikik dari semlm yg aku rasa lebih panas..bila nak okey kalau dah tahu demam tapi ubat x leh makan sebab posa..cuma semunya terletak pada kuasa tuhan..kalau dia izinkan sembuh..maka sembuhlaa, demam nie pown start dari hari jumaat lagi.. "ya allah ya tuhanku..kau sembuhkanlah aku.."

Wednesday, July 18, 2012

Mummy Adam & soklannya...

"abe..kalu saya x dop esok2, awak kahwin lain x..?" , agak2 apa jawapan yang nak diberi.., mgkin ada yang akan jawab, "percayalah sayang..abang x kan kahwin lain" macam dalam drama2 melayu, ataupun slot2 cerekarama atau samarinda.., tapi elakkan jawapan camnie..mcm jwapan aku yg boleh buat dia hangin.."maunyerr x.., calon dah ada, tunggu masa jek..". for sure jawapan gitu boleh mengundang kemarahan siott..mcm jawapan nk lancarkan perang jek tu.. so jawapannya : biar la aku ngan dia jek tau...

Tuesday, July 17, 2012

Benz Adam & Bedtime's Story..II

Belalang... Di dalam sebuah taman bunga, terdapat seekor belalang yang suka menyanyi dan menari. Ia berasa gembira kerana dapat hidup di dalam taman yang indah itu. Di dalam taman itu terdapat juga berbagai-bagai jenis bunga seperti bunga raya, mawar, dahlia, kenanga, melur dan cempaka. Taman bunga itu berwarna-warni dan harum. Tiap-tiap hari, belalang akan menyanyi dan menari. Ia akan melompat dari satu pokok ke pokok yang lain. Belalang mempunyai ramai teman di dalam taman itu. Ada rama-rama, kumbang, lebah dan semut. Mereka dapat tinggal di taman itu. Mereka sering bermain dan menyanyi bersama-sama. Pada suatu hari, belalang mencari kesemua rakan-rakannya untuk bermain tetapi mereka semua sedang sibuk mencari makanan dan berpindah untuk berlindung sebelum musim hujan tiba. Belalang tidak percaya hujan akan tujun sebentar lagi. Ia asyik menyanyi dan menari sendirian. Setelah lama menyanyi, belalang pulang ke rumah dan tidur kerana keletihan. Hujan turun dengan lebat lalu belalang terbangun. Ia berasa sangat lapar tetapi di rumahnya tiada makanan. “ Bila hujan berhenti bolehlah saya mencari makanan,” katanya dalam hati. Belalang berbaring semula dan tertidur. Apabila dia terjaga, hujan tetap turun dengan lebat. Belalang berasa menyesal kerana tidak mengikut nasihat rakannya untuk mencari makanan sebelum musim hujan. Akhirnya belalang jatuh sakit. Rakan-rakan belalang tidak mengetahui keadaan belalang yang sakit. Apabila hujan berhenti,lebah teringat akan belalang. Dia keluar dari sarangnya dan pergi ke rumah belalang. Ia amat terperanjat melihat belalang yang terlantar di atas katil di rumah. “Saya akan membawa makanan,” kata lebah kepada belalang apabila melihat belalang terlalu lemah dan pucat. Lebah mencari semut dan rakannya yang lain untuk menolong belalang. Akhirnya belalang sembuh dan sihat. Belalang insaf dan sering mendengar nasihat daripada rakannya.

Monday, July 16, 2012

Benz adam & Mesin Rambut

15/07/2012 :- Petang selepas zul n tica balik, maka ajak laa..si adam maen2 kat luar, bawak keluar motor dia, segala bola2 dia utk main dekat laman rumah, lepah jek dia larik2 dua tiga round, nampak serabai lak rambut dia, dah berpeluh sakan,..so aku ajak laa Ayah chik dia pegi kedai gunting rambut, kiranya pirst time utk dia gi gunting rmbut kat kedai, biasa belasah dekat rumah jek, kene botakkan dek mummy dia, bila pirst time bawak tue, duk dalam kedai gunting tue, diam jek.., aku siap bisik kat dia..lepas nie turn adam, bila nak duduk kat kerusi tue, rasa dada dia berdengup kencang, pastu dan2 lak senyap jek.., biasa mulut kecoh tanya apa tu..apa tu kan, bila anne tue letak jek first lap mesin tuh, apa lagik..huwaaaa meraung laa, terkejut kut.. maka si ayah chik pown datang bagi anset, suruh dia main anset tu terus senyap. x sampai 5 minit pown siap anne tu buat kepala dia..yer la budak kecik..tapi yg kelakarnya, mcm muka bangga tunjjuk kat mummy dia..yg kepala dia dah kene gunting rmbut kat kedai..

Tuesday, July 10, 2012

Benz Adam & Bedtime's StoRies

Mungkin sebab umurnya dah meningkat, setahun 7 bulan, maka tidur pown nak kene citer bedtime stories bak kata omputih, semalam dalam accideng yg tak dirancang, tengah dia golek2 nak tido, aku pown tanya laa...Adam nak dengar citer x? so dengan spontan dia menjawab..ermm, sambil anggukkan kepala, since memang tugas aku untuk tidokan dia, then maka bercerita la aku mcm pengalipurlara, siap tiru suara itik, buat2 suara gergasi. then yang best pulak pandai lak dia tarik selimut angry bird dia sambil menghayati citer dari suara deddy yang x sedap tue, Maka bedtime story dulu sebelum tido yang mgkin aku jadikan satu routine nanti since boleh selitkan pengajaran dan pedoman untuk dia, yang cik leiny plak dah merancang untuk melawat MPH nak carik buku2 bedtime ngan kisah2 Nabi, sebab masa dia masuk nak ambik collection pampers Adam, aku tengah tiru suara itik dalam citer " Angsa Bertelur Emas", dia nak gelak pown ada, Maka semalam, tercatat laa, si deddy yg jadi penglipurlara menceritakan kisah " Angsa Bertelur Emas" dan " Jack with Bean tree" siap dua citer yg tanpa buku, then nasib baik aku still ingat citer2 sebegitu..bagus gak jadi pustakawan neh, Maka tertidurla Adam n penglipurlara yg bercerita..

Thursday, July 5, 2012

Be good Sometime's worthless..

Sekian lama, jadi orang baik dan cuba menjadi sebaik mgkin, tinggalkan segala benda mengarut, panas baran aku, dan nie mgkin luahan hati aku untuk orang2 yang selalu mgkin menilai ikut persepsi diorang. entahlaa manusia nie kadang merasakan diorang tahap gaban nyer perfect. membuatkan aku terfikir pesanan Luqman nul hakim kepada Anaknya " berhati-hati dengan mulut manusia, kerana sekiranya kamu mengikuti mereka, maka jadilah kamu orang yg tiada pendirian serta menzalimi dirimu sendiri" Membuatkan aku terfikir, manusia mgkin takkan bahagia sekiranya melihat manusia lain bahagia, Mungkin mereka lebih bahagia apabila melihat manusia sekitar mereka bertelingkah, bergaduh dan tak aman sesama sendiri. Pesan orang2 tua memang amat bernilai dan bermakna, sesungguhnya yang akan membunuhmu bukanlah musuhmu tetapi sebaliknya adalah orang2 sekelilingmu.. dan mungkin mereka terlupa yang:- " Orang yang baik ingin menjadi jahat lebih senang dibuli dan diusik daripada orang jahat yang ingin menjadi baik..," adalah sebagai peringatan, sesungguhnya kesabaran itu mgkin ada had dan batasan.. sesungguhnya, sekiranya kamu kesal dengan jalan hidupmu..janganlah kamu membuatkan orang lain susah atau menderita hanya kerana kamu mahu manusia sekelilingmu menderita seperti kamu..,kerana perbuatan kamu itu menyebabkan kamu terdiri dalam orang2 yang zalim..