Setelah dua tahun menjadi mutant kat company nie.. aku dengan ini mengistiharkan yang pada tanggal 16-17 may 2009 menjadi sejarah bila aku dah ambik mc selama dua hari berturut-turut tue. bukan sengaja ambik mc daa kene demam berselsema la pulak, hermm..
Tapi, ader baik jugak mc nie, whole day duk tidoq jek. telan ubat tidoq, bangun makan telan ubat tidoq. sampai laa sihat balik. Then mai keje balik..hehehe. campur dengan hari isnin maknanya 3 hari berturut2 aku lepak kat rumah jek.
hermm. MC mungkin adalah untuk tempoh hibernasi...makan ngan tido jek la.
Wednesday, May 20, 2009
Thursday, May 14, 2009
COWARD..

Hermm.. satu perkataan yang paling aku tak suka. Tapi aku selalu berfikir apa yang akan menyebabkan kita dipanggil begitu. Sebab aku seakan berada di dua dimensi. Mungkin selepas ada yang membaca coretan ini akan berfikir seperti aku juga.
"COWARD"
Okey, aku bagi dua penyataan dimana,
1) Anda diminta membuat suatu tugasan, tetapi anda dah tahu tugasan itu akan mendera mental dan merubah hampir keseluruhan ruang hidup anda, ianya sepeti cabaran bagi anda. Malahan diluar sana anda mengerti akan ada diluar sana tangan tangan yang hanya menanti masa untuk memetik triger pada anda, akan ada tangan yang boleh mengawal anda. Bunyinya memang indah kerana kalau anda menyahut cabaran itu akan memberikan penyataan yang berbeza pula.
Iaitu, anda coward kerana dah masuk dalam suasana yang paling bahaya untuk anda, kerana secara luaran ya memang anda semacam wira kerana menyahut cabaran tersebut, tetapi anda dah termasuk dalam percaturan tangan-tangan tersebut dan bersedia untuk end line dimana anda akan di "check mate" dalam permainan catur, dan anda tak mungkin lagi sanggup untuk bermain dipapan yang sama. Malahan anda juga boleh dikenakan pada bila-bila masa.
2) Keluar dari permainan tersebut.. ya anda boleh memilih untuk keluar tetapi sebenarnya anda memang coward kerana tidak berani berjuang untuk hidup anda sendiri sekiranya anda memilih untuk pilihan pertama. Orang akan melabelkan anda secara coward bila anda memilih untuk melompat keluar dari papan permainan tersebut, walaupun anda tidak sanggup untuk dilabelkan sedemikian.
Pilihan terletak ditangan anda untuk memilih pilihan anda kerana bagi saya
- "coward maybe for u, But not coward for my thought"
Wednesday, May 13, 2009
BINTANG DI SYURGA..

" MASIHKU MERASA ANGKUH,
TERBANGKAN KENANGAN KU JAUH,
LANGITKAN MENANGKAPKU WALAUPUN TERJATUH
DAN BILA SEMUA TERCIPTA
HANYA UNTUKU MERASA,
DAN SEMUA YANG TERCIPTA
HAMPA HIDUP TERASA
LELAH TETAP KU MENCARI
ERTI UNTUKU MEMBAGI
MENEMANI LANGKAHKU
NAMUN TAK BERERTI...
BAGAI BINTANG DI SYURGA
DAN SELURUH WARNA
DAN KASIH DAN SETIA
DAN CAHAYA YANG NYATA
OH..BINTANG DISYURGA
BERIKAN CERITA..
DAN KASIH DAN SETIA
DAN CAHAYA YANG NYATA...."
Satu lagu yang membuatkan ku merasakan apa yang harus aku lakukan untuk terus menapak dalam hidup ini, bernafas lega terbang ke awan.
Tuesday, May 12, 2009
HAPPY MOTHERS DAY..MA
Selamat hari ibu..pada 09/05/2009.
Terima kasih kerana menjaga,mendidik kami sehingga kami sampai kesini. Bercerita pasal ma, aku amat bangga dengannya. Memang dia strict sikit. kalau kata tak boleh, memang tak boleh la jawabnya. Then yang paling amazing, kami boleh berbangga dengan tahap pendidikan yang kami terima. Cuma apa yang membataskan kami untuk pergi lebih jauh ialah "duit" yer laa pendapatan peneroka sebanyak mana sangatkan.
Tapi yang paling best, apa yang dapat kami beri dahulu ma akan hadir kesetiap majlis peyampaian hadiah selepas peperiksaan. Ma akan hadir kesetiap majlis penyampaian tersebut dengan bangga, senyum dan bercerita kepada tetangga betapa bangga dia. Tapi itu kalau lulus baik laa.. kalau tak lulus dengan baik, hehe lain plak cerita, sebab ma kan marah kalau buku rekod ada yang tak lulus... herm ader la leteran yang kene kat kami,
Ma aku ader secret macamana nak check kami lulus ker tak dalam buku rekod tue iaitu warna merah atau biru. Nie yang paling takut, dia takkan tanya no berapa, berapa markah, hermm yang dia tahu warna biru then merah. Kalau ada yang merah tue..ha tak lulus la bagi dia..
Walaupun sebenarnya ma tak tahu membaca, tak pandai berbahasa inggeris, tak pandai mengira. Tapi kami bangga, kerana kami mampu menjejakkan kaki ke menara gading sebagaimana mereka yang lain...
"Kenapa saya suka ma saya, Sebab Ma saya "the Best Mother"...
Thursday, May 7, 2009
PANTAI TOK BALI..
Teringat Zaman kanak2..
Dulu sewaktu aku kecil..mandi di Pantai cahaya Bulan..Memancing di muka Kuala Besar, mencari ikan semilai di bendang, bermain layang2. Menimba ikan begitu sinonim dengan masa kecilku. Kini semuanya dah berubah, mengingatkan betapa masa itu cepat berlalu. namun untuk kembali pada masa itu sudah tentu mustahil, betapa indahnya waktu kecil..
Dah laa.. aku tengok amin, yan, dan berapa budak lain main layang2, tangkap semilai di air kali yang barhampiran pantai itu membuatkan aku ingat nak join sekali. Tapi cik laini kita dah bagi warning " jangan masuk ke sungai tersebut, malu kat orang.." yerla kalau orang tua macam aku nie yang tangkap ikan semilai tentu la kene gelak ngan orang. adusss...
Mengamit kenangan bila..melihat orang menunggang kuda ditepi pantai, biasanya kalau masa kecil ku kita akan ada di pantai cahaya bulan sebelah Jalan baru. Then aku sebenarnya paling tak sabar nak masuk kedalam laut untuk mandi sebenarnya. hehe.. nak jugak cuba2 mencari remis/lala kat dalam pantai tue.. herm bila aku carik tak der pun. Nie mesti skill lama dah hilang atau bukan musim, atau memang dah pupus kat situ kut. Entah la..sebab aku pun baru je kepantai tue. tak sangka pulak pantai tu cantik.
kalau masa dulu..masa kecik2 aku ngan sepupu aku.. duan bom, konyet dan pjack, che mat, mus, pak di (pak cik aku) akan duduk sehari kat pantai cahaya bulan tue, dari memancing, mencari ketam atau udang kara, mencari remis, mencari ketam angin.. kadang2 membawa kemalam. kalau cuti sekolah lagi laa sampai tak ingat nak balik..Ala rumah nenek bukan jauh dalam 4km dari pantai jek pun. Kadang2 kitaorang buat unggun api, bakar ayam, remis, lokan, makan buah nipah.
Kalau yang asal dari kelantan..memang tahu itu kawasan banjir. paling best kalau banjir lagi laa.. pesta air laa, kene plak Pak mat (bapak sedara aku) buatkan perahu hermm apa lagi macam2 aktiviti mandi dan merayau..yang paling best part carik ayam sesat dalam banjir. Konon misi nak selamatkan ayam2 tu dari tenggelam. Last2 selamat disembelih dan dibakar oleh kitaorang laaa...
Kalau selepas banjir aktiviti lain plak, mencari semilai/sepilai. Herm time ni buleh tengok la ramai budak2 datang carik ikan tue..biasa kan start pada pukul 4-7 petang. Banyak la botol2 berisi ikan dalam bilik kitaorang...Then akan ader episod cabar mencabar untuk melagakan ikan tersebut. hahaha..Tapi budak sekarang dah tak main ikan2 nie kut, mungkin diorang sibuk ngan laptop , kelas tuisyen laa.. tak mencabar langsung bagi aku..nie kalau tau kat Cik laini sure aku kene kutuk nie.
Sebab tue bila aku kat tepi pantai tengok orang-orang yang ada kat situ, aku termenung sekejap, sampai cik laini tegur, "awak ingat awek lama ker?'. Aku hanya senyum, then untuk pengatahuan Cik laini biniku sayang saya bukan ingat awek lama, saya ingat masa saya kecik2 dulu...kalau dia tahu sahih dia gelakkan aku..pasal kenangan aku ngan pantai..terutama pantai cahaya bulan atau P.C.B. hermm betapa syahdunya ku rasakan...
PANTAI TOK BALI..Part 2
MAJLIS KENDURI KESYUKURAN AMAR IRFAN...
01-05-2009 Majlis kesyukuran Amar Irfan.

Tuan pengerusi JKKR Kemahang 2 merangkap Imam majlis memulakan aturcara majlis, semoga Amar Irfan akan menjadi seorang insan yang berbakti kepada keluarga, bangsa dan negara. Tapi yang best, Irfan nie baik, senyap jek..tido lagi tak nangis pun. walaupun cuaca yang panas serta ramai hadirin datang masa tue..
Hadirin menjamu selera selepas Majlis bercukur. nie part yang ditunggu2 biasanya...
Subscribe to:
Comments (Atom)


