Wednesday, December 22, 2010

Muhammad Benz Adam..History

20-12-2010, Adam di adopt..
21-12-2010 Adam Demam, esok pagi kene pegi klinik check..

Friday, July 9, 2010

Nyanyian Anak bukit..Kisah seorang pegembara..

Lamanya aku tak menulis kat sini..lama yang teramat sangat sehingga bila di check balik posting terakhir yang dibuat adalah bulan 2 2010..fuh menghilang selama 5 bulan..5 bulan yang sebenarnya memenatkan..5 buat yang membuatkan aku dalam khayalan dimana dunia itu bukan realiti..dan 5 bulan dimana aku mengejar impian..

mungkin bagi orang lain..tulisan itu tak penting, tapi bagi aku..blog ini untuk aku menceitakan kisah yang bukan khayalan..kisah dari seorang pegembara..pegembara dalam kehidupan metropolitan ni..

Dalam kehidupan ni, aku banyak berterima kasih kepada cik leiny yang sabar mendidik, membimbing serta memberikan nasihat untuk aku menempuh hidup..terima kasih kepada mbong, kak chik, serta adik yang lain, yang sentiasa memberikan sokongan supaya aku tak rebah bila halangan untuk aku membina impian..

5 bulan yang panjang..

Aku seakan tersedar..masa yang berjalan, masa berlalu yang mungkin takkan kembali lagi..aku mengukur apa yang tidak lengkap dalam hidup..kekosongan dalam hidup, mgkin dulu harapan nya pada seseorang yang hadir untuk aku mengecapi impian itu menjadi kenyataan..tapi mungkin ianya berlalu sebagai harapan kosong..biarlah mungkin bukan itu takdirnya..

selama 5 bulan aku mula belajar balik dimana kesilapan aku bila aku ingin mencipta sesuatu..halangan demi halangan muncul bertalu2 membuatkan aku seakan ingin mengalah..tapi itu merupakan proses pembelajaran yang terbaik..membuatkan aku mula faham, mula belajar..walau itu bukan bidang yang aku sepatutnya faham.

5 bulan aku mula dengan step2 yang aku plankan..reshuffle balik financial untuk merungkaikan sesuatu yang orang kata sukar untuk dibuat...tapi memang aku macam ni..lagi sukar,lagi payah lagi tak boleh..huh itu yg aku suka buat..lepas tuh baru aku tunjjukan yang benda tuh buleh buat..hahaha..

tapi ader gak rasa kesalnya..kalu lah dulu lagi aku berfikiran macam nie. aku rasa sudah lama aku dapat..tak perlu tunggu lama sangat..herm...

seseorang yang aku ingat pada masa ini..

" my GODFATHER"


ye..mungkin dulu peluang yang dia berikan tak aku gunakan sebaiknya..kalau tak mungkin aku dah lama berjaya..mgkin suatu waktu nanti..kalaulah peluang itu masih lagi ada, im promise i will do the best for you..for my own sake.."

Tuesday, February 2, 2010

Nyayian anak Bukit (coretan Masa Kecilku Part 1 )

kita selalu berharap..akan adanya episod baru dalam laluan kehidupan kita. Tetapi sejauh mana kita melalui cabaran hidup..sejauh mana kita survive dan sejauh mana kita mengenal erti "hidup".

Aku bermula dengan satu perjalanan yang jauh,meniti zaman kanak-kanak bermain layang-layang, menangkap ikan pelaga, memancing, berkhemah dan menghabiskan cuti sekolah di pantai cahaya bulan. Berbasikal ke kota bharu dan seterusnya kepantai sehingga keesokan paginya. hinggakan ingin kurasa terbang kembali menyusuri zaman kanak-kanak yang jauh dari memikirkan perit dan lelah dalam kehidupan.

seakan ingin dibaca kembali buku-buku teks sekolah semasa bersekolah rendah. Menjawab semua soalan peperiksaan. membeuatkan aku terfikir betapa banyak waktu yang ku sia-siakan dahulu sekiranya aku gunakan secara bernilai pastinya takkan ku lalui perit dan lelah dalam menyusuri hidup ini.

coretan ini mungkin agak panjang..

kerana mungkin ada kulupakan, tiada hari esok kiranya kita tak bermula dengan hari semalam. Menjadi anak peneroka bukan sesenang yang dibayangkan sekarang. dahulu kami berjalan kaki kesekolah. meniti batu lada merah. hanya berpayung kecil yang dikongsi bersama mbong dan mek chek kesekolah dalam kebasahan. membuatkan kasut sekolah yang berwarna putih menjadi kemerahan. Pada waktu malam pula kami membaca dibawah pelita, dan masih kuingat kenangan manis bila kami berkongsi pensil warna steadler yang kecil itu bertiga. Kesusahan mengajar kami..erti kesungguhan dalam hidup.



Namun hubungan akrab dari kecil membuatkan kami tak pernah bertelingkah sesama sendiri, dari kecil sampai sekarang.Dahulu kami akan berbasikal bersama-sama keladang kelapa sawit abah untuk mengutip buah relai. biji-biji yang jatuh dari kelapa sawit yang dikait untuk duit tambahan. Dimasukkan kedalam guni, dan lori akan datang untuk mengambil guni2 tersebut untuk dihantar ke kilang.



Cerita masa sekolah tadika mbong

kenangan ini membuatkan aku ketawa seorang jika teringat..sebab adik aku no 2nie nama timangan nya mbong. dan pada masa sukaneka tadika. mbong masuk pertadingan berebut gula-gula, dan dia menang tetapi masa penyampaian hadiah mbong menangis sakan bila nama tak dipanggil untuk ambik hadiah..sebabnya. first dia memang manja pada masa tue then dia dapat nombor satu so mestilah yang nombor satu dipanggil akhir sekali..

tapi satu jek yang aku respect ngan mbong sebab dia boleh dikatakan kakak kepada adik2 lain so dia punyer protective tue memang ada. tambah2 badan dia agak debab sikit masas sekolah so kalau ader yang nak buli kak chek atau gjah pasti orang tue kene balik ngan dia.

Balut buku teks sekolah..

aku sebagai abang biasanya akan membalut semua buku sekolah. buku mbong, mek check ngan gjah. Kalut nak yang mahal, balut ngan plastik tapi biasanya kami balut dengan kertas minyak yang berwarna coklat tue. Harga pada masa tuh sekitar 40 sen..tapi kalau balut pakai kertas minyak sahih budak2 sekarang menangis terguling2 kene gelak kat sekolah..yerla budak2 sekarang mana main kertas2 minyak nie kan..mesti nak plastik yang glamour sikit.

hermm..

Masa petang pulak dihabiskan dengan main polis sentri, main coh dan main bola bayang..biasanya yang akan ikut serta seraf,izul, noyi, suria, mbong, mek cheq. Malam pulak mengaji di rumah arwah pak cik asan. Guru mengaji yang agak garang jugak. Alfatihah untuk arwah..

Walaupun aku anak kampung, yang besar jauh dari hiruk pikuk kota tapi aku bangga kerana. ma mampu melahirkan generasi yang sudah 7 dari 9 anak2nya menjejakkan kaki ke menara gading. walaupun sebenarnya ma tak mampu mebaca dan menulis. Abah pun tak belajar tinggi, dan hanya bekerja sebagai peneroka.

Lagu ini kutujukan khas untuk ma ngan abah:


"ayah dan ibu..

ayah dan ibu itulah permulaan kami

untuk melihat bulan dan matahari.."

Nyayian:Arwah sudirman.

Monday, January 25, 2010

Kerana Mulut Badan binasa...

semalam terkejut gak bila balik keje tengok berita pasal seorang bloger yang bernama "aduka Taruna". Betul ker kata2 mamat nie menghiris perasaan Kerabat Diraja Johor, Rakyat Johor serta Rakyat malaysia amnya. Aku terus check internet, herm memang nampak banyak komen2 dari blogger lain. Traffic sesak diwaktu itu...

Membuatkan aku terfikir coretan yang pernah aku baca dahulu. "manusia bila banyak berkata2 akan membuat dirinya menjadi alpa". Malah Pepatah melayu pernah menyatakan "biar mati anak jangan mati adat" dan adat melayu setia pada raja.

Kita boleh berkata2 tapi sekadar meluahkan pemikiran kita, perasaan kita bukannya kata2 kesat. Terlajak perahu buleh diundur, terlajak kata..semoga cik aduka taruna itu menyedari kesilapan diri sendiri. kata yang beremosi pasti takkan membawa kemana arah penyelesaian.

Janganlah hanya mengikut perasaan..terus meluahkan kata2 inilah padahnya. Bila yang berkata2 hanya belajar ilmu komputer ngan internet sahaja. Cuba2lah bawak belajar ilmu sejarah sama.

Monday, January 11, 2010

Muzik...



Muzik bagiku suatu yang amat general, terpulang kepada semua individu apa yang mereka dengar dan rasa, disini aku ingin ceritakan satu kepelikan yang amat nyata. walaupun mempunyai perbezaan zaman. kisah ini aku dedicated kepada semua fan trash metal yang mungkin usia mereka lebih tua atau seusia dengan ku,

Buat masa nie aku terkejut gak bila tengok adik lelaki aku yang baru umur 18 tuh, sebab pernah dia tanya aku pasal trash ideologi. Buat aku pelik, sampai sempat tanya dia "ko tak layan indie ker, pop rock ker, atau clubbin music macam budak2 lain ker" then jawapan dia buat aku lagi pelik atau silap ibu megandung ker? dia boleh ngan muka selamba cakap ngan aku " muzik2 tue
untuk budak budak, i want to listen something different"

Then buat aku takut gak..takut dia mempunyai pikiran macam aku, tapi at least okey la sebab aku masa tue mana layan lagu jiwang beb..so no love la...then masa tue ada gak penentangan mak aku dimana pernah aku tengok mak aku bakar baju baju aku ngan seluar jeans aku yang aku dah tulis macam2. kepelikan guru2 n member2 yang sekolah ngan aku sebab kat buku aku ada gambar eddie si iron maiden punyer model.

Then citer yang paling best is si alem plak nak belikan baju untuk dia, so pegi la area pertama carik kan, ada sorang brader otai yang jual baju tuh.. so dia pelik la sebab alem pakai baju yang tak megambarkan dia nie fan trash atau seupama dengan muzik tuh, lagi terkejut bila alem cakap tshirt tue untuk adik yang baru berumur 18 tahun. hahaha brader otai tue cakap lagi "dik, semua fan muzik nie umur tua2 yang baru dah kurang sebab dia ikut trend sekarang" alem plak buleh cakap"ntah la bang dulu abang saya suka, sekarang adik saya"herm


..


Ini membuatkan aku mengimbau kenangan lama, gambar eddie nie pernah aku balut kat depan buku teks sekolah menyebabkan cikgu aku pernah cakap aper nak jadi la ngan ko sebab waktu tuh ramai yang layan Uk's,spring, spoon la ntah mana band lagi dah. So aku citer ngan adik aku tuh..kebanyakan lagu2 trash nie dia citer pasal "life manusia, perang, kebaikan n ada juga pasal keagamaan" so ko dengar la baik2 jangan ikut sangat....

Colour of truth -By Cromok

Turn the world around
Seek the shape of life
Look at yourself in a different frame
You know it won't be the same

The one with all the pride
The one with all the might
The one who knows what's wrong or right
But still can't see the light

O mirror tell me what I see
Is it true don't lie to me

Colour of truth
What difference does it make
Colour of truth
Nobody is perfect

A dot of evil in a saint's heart
A glimpse of an angel in a criminal's eye

Colour of truth
Don't have to be afraid
Colour of truth
It's the shadow of your fate

Good or bad, better or worse
Smooth or scar, you are what you are....



Dedicated for all trash Fan..Thanks for Cromok band, we waiting for new album, new touch..

" forever in Time"

Sunday, January 3, 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Coretan yang agak terlewat..

tapi tahun 2009 membuatkan aku merenung kembali kesilapan atau pembaharuan hidup yang ingin aku lakukan. tapi sayang..takdir tak menyebelahi, hanya mampu berusaha saja. tapi selagi hayat dikandung badan..akan aku berusaha..sedaya upaya..

Tahun 2010

orang akan bercakap aper azam baru, tapi bagi aku memang la kene ada azam tapi kalau azam lama tak dapat lagi camner? aku selalu fikir next to be..next 5 year aper jadik, tue yang buat orang kata atau kadang2 aku perasan kut yang aku nie kuat berkhayal..

tapi hanya satu yang aku ingin buktikan..mencabar masa dan keadaan. suatu waktu nanti akan ku tunjjukan, yang aku mampu berdiri dimana aku inginkan...

kepada yang membaca tolong doakan yer..(betul ker aper yang aku membebel nie...)

Sunway lagoon lepak-lepak..


cuti cuti sekolah..

Setelah beberapa keje kat sunway nie, baru la dapat aku menyesponsorkan beberapa tiket untuk kesunway lagoon. maka inilah muka2 yang mendapat tiket secara diskaun itu.huhu.

aku rasa memang sakan gak arr diorang mandi manda kat situ..tempat kegemaran cik laini untuk berendam..haha