Wednesday, December 5, 2012
When you go...
Sepanjang mummy kat Pune, India untuk seminggu, mcm2 kerenah si Adam..,
01/12/2012
First day( departure time):
Adam meraung pegang tangga eskalator, sampai semua steward2 yang cun2 tue nengok.., so the hard journeys begin's..
Bila waktu berjalan dari departure hall nak sampai parking, adam cakap pelan2..
"mummy work..mummy work". so aku diam jek laa..takkan secepat tue dia teringat mummy dia.
petang lak ada wedding enche mohan kat ampang, dah set ngan abam zaini utk kesana so tinggalkan adam ngan che sue yg ada dekat rumah. deddy lak lupa nak pesan jgn bagi air milo, coklat segala bagai..
then bila balik dari wedding function tue.., deddy bukak prezer untuk minum, im shock when see half of box choc m&m letak kat meja makan. means at least byk jugak anak deddy bedal choc tue..then achik cakap adam x nak
then petang tue, badan dia panas..start panas dan menanya mana mummynya..,Malam bahang badannya terasa..38.4'C, hermm dah start demam dah anak deddy..
so deddy berjaga..then bagi ubat, setiap 2 jam sekali dia merenggek..phewww,
02/12/2012
Second day ( it was clinic day's....)
Bangun pepagi tue, memujuk dia utk ke klinik..semustinya untuk ambik ubat, then apa lagi pantau untuk bagi makan ubat..well, yang sadisnya dia aktif..main, menari bagai..tapi badan panas, ambik suhu 36.8'C, biar benar..
Nampaknya demam rindu nie memang mencabar hoo..main2 kejap then tanya " mummy atas..?", then sambung main tanya lagi " mummy work..?"
so deddy pujuk adam utk makan ubat, walau meraung buat peel yg biasanya di okey dengan ubat2 neh.., SO deddy stay kat umah jek la, x jalan2 sebab anak deddy demam. on off..gitu.
bila malam pown..seksa jugak jadinya, tido n bangun..kejap2 merenggek.., overall tido 2 jam jek malam tue, haiyoo..dah la deddy byk keje menjelang agm. sabau jek laa..maka masuk opis ngan mata panda ler jawabnya,
hari ni tinggalkan dekat che sue sebab adam panas sgt, mintak tolong tengokkan.
Wednesday, November 7, 2012
Benz Adam vs conflict
Adat dalam rumah tangga sure2 ada krisis, x kira cold war ker, hot war ker, lately x macam dulu. dulu kalau gaduh, mummy n deddy akan buat hal memasing.., senyap x cakap walau naek kete yg sama nak pegi keje. sesama pendam bom n bullets utk berperang kalau ada pihak yg petik button.
skang, pengaruh Adam nie kuat.., mummy n deddy tengah gaduh.., mummy makan kat meja makan, buat donno, yerla tengah perang kan., Adam turun dari kerusi..then tarik tangan deddy yg buat2 merajuk tengok tv.."deddy nasi, deddy nasi..". so sebab anak deddy nie dah tarik tangan. x ikut kang selagi tue dia duk tarik.., jadi pegi makan laa..
Adam nie jenis Cool n macho kut, kat meja makan tue dia kan buat macam biasa, buat lawak dia, usik sana usik sini..last2 war yg started tue x jadi war dah. kita orang duk gelak kat dia jek laa..
" bijak....bijak...Benz Adam neh..."
Tuesday, October 16, 2012
Is There A Sin.., When tried to tell the truth..?
im still remember..on my presentation on year 2000..berkenaan "brainstroming" which is involved all person from all level give ideas or speaks their own mind, and all people have to come with solutions/ actions from the discussions.
meanwhile,
after the presentation, aku ada berikan my own view berkenaan "Brainstroming" dimana utk east culture. sikap profesional sama sekali x ada. apatah lagi semua boleh bercakap apa sahaja idea yg mereka mahu utk memberikan penyelesaian pada permasalahan.
Mulanya agak ramai, student not agreed dengan pandangan aku..namun penyataan dari Prof yang aku lebih suka panggil dia sebagai Kak Sal,
" We are in East Culture..which is, downline sometimes is not allowed to speaks up their Mind, and it was a taboo to do so..".
Tuesday, September 25, 2012
One Million Money Drop..Misi
seawal pagi 16 sept, cik leiny dah mula kejutkan aku sebab nak pegi audition untuk "one Million Money drop" neh, semangat tul nak jadi kaya a.k.a jutawan, then dalam kete start berangan2 kalo menang duit tue nak buat apa, aku diam ngan dengar jek la, lepas lama baru dia perasan yang aku x excited sgt ngan duit tu.
then dia tanya apa dalam mind aku masa tue, hahaha, jawapannya ialah, ai pegi bukan sebab duit tuh, ai pegi sebab nak settlekan semua jawapan bagi soklan2 yang dia kan bagi, sebab ada peserta yg masuk soklan senang pown diorang x leh jawap..so ai pegi nak jawap semua soklan2 dia, duit itu soal nombor dua.., conclusionnya aku kene hempuk ngan cik leiny smbil berkata chesss berlagakkkss,
walhal aku bukan bijak pown, cuma heran apa mandram yg ada smpai soklan senang pown kadang2 peserta2 tue leh kantoi.., itu yg pelik..mgkin mengelabah kut bila kene spotlight ngan ramai mata2 tengah tengok..hahaha
lepah beratur dua jam, kami balik, x masuk audition pown, sebabnya teramat ramai manusia yg tengah beratur utk menjadi jutawan, Adam pown dah naek rimas sebab kene pegang n x leh larik2, so ambik keputusan balik jek la..
masa balik tue la aku tanya cik leiny
kalaulah awak punyai banyak wang..sa, awk rasa okey ker nak hidup..mesti byk benda kita kene korbankan.....
Wednesday, September 12, 2012
Benz Adam & Donut Pak Cik Darbus..
Alkisahnya memang setiap pagi akan singgah di gerai pak cik darbus, port mummy n deddy utk beli sarapan. dan perkara yg pasti adalah beli donut utk sarapan pagi Adam. biasanya dia x melalak bila letak kat nursery..pagi nie kali kedua dia nangis..penyebabnya ialah " Donut". baru realize..ingatkan sebab cuti panjang maka x nak lepak kat nursery tue.., then baru ler perasan yg kawan2 dia semua bawak bekal pagi., then mungkin dia tahu n rasa terasing sebab pagi nie x der donut nak di share2 ngan kawan2 dia.., " donut..oh donut.., nampaknya kene buat pesanan tetap ler..," ataupun memang dia dah terkena penyakit pengemar donut tegar...hahaha
Monday, September 10, 2012
Benz Adam & Life stage Part 1
Adam dah nak belajar utk zaman kanak2..dah belajar makan dengan tangan sendiri..belajar cara mengunakan sudu n garfu, dah belajar x nak pakai seluar,
( part nie mulut mummy dia memang high tone since x suka Adam bogel...), so solutions yg deddy pakai ialah buat2 nak pukul pakai stick plastick yg biasanya jadi stick belon tue.., firstly kesian gak tengok dia sebab meraung takut bila tengok deddy zappp kan stick tue kat kabinet tv, walhal deddy pown x sangka yg bunyi dia kan kuat camtuh..yerlaa, Anak laki sorang, x pernah kene marah, apa lagi jentik tup2 acah nak kene rotan..pastue dia senyap jek menyorok kat ketiak mummy sebab terasa hati ngan deddy kut..
kejap jek..lepas tue mula balik panjat2, buang seluar, panjat belakang deddy n buat hal suka2 nak pilih sendiri bilik air untuk dia mandi..sebab x nak bilik air atas..nk yg bawah punya sebab boleh berendam dalam tub kecik tue..
Adam makin pandai n lincah..yg paling best dia dapat panggilan Adam "apa tue..." sebab akan suka tunjjuk n tanya, but the things is dia boleh ingat apa yg kita tunjjuk n bagitau..sudah mula sebut benda2 yg dia tahu seperti moon, bus, lorry, sun, bird, tv and certain2 perkataan melayu. ntah deddy n mummy lebih suka terangkan dalam bahasa inggeris utk pelajaran dia..n tanpa kita sedar sebenarnya sukukata dalam bahasa inggeris lebih pendek daripada sukukata dalam bahasa melayu..so secara directnya utk pembelajaran dia sukukata bagi sesuatu benda yg mana lebih pendek antara melayu atau inggeris dijadikan pilihan,
sebab secara kita x sedar perbandingan antara ma/ta/ha/ri dengan sun yang mana lebih mudah disebut oleh kanak2. itu yang menjadi pilihan utk pengenalan awal Adam.., explore pendidikan awal untuk kanak2.., dan sesuatu yang menarik untuk dicuba
"Deddy & Mummy berharap..Adam menjadi seorang anak yang pandai.., menghormati orang tua.., dan pandai membawa diri nanti.."
Tuesday, August 14, 2012
Model Ellianto Tak berpuasa
agak kelakar bila tengok gambar Adam neh..sebab kan bulan posa ngan pose yg Adam bagitue mcm tengah terkezut sebab kene snap candid ...Hahaha
Friday, August 10, 2012
Benz Adam & Raya...Raya...
heheh nie setelah penat memilih baju kat jusco..sempat la rembat minum juice, almaklumler memilih baju dia bagai nak rak..yang si mummy pown mcm anak dio sorang yg nak raya.
nie pulak kan kat Mydin Usj..mummy dia pilih2 baju..yang deddy lak jadi cam maid ler..temankan ank laki main benda2 neh.., ummy hilang ntah mana kedai ntah..sejam pilih baju dia..15 minit beli baju melayu deddy, hermm rembat jek laa..janji colour nak sama2 ngan anak deddy nyer baju melayu..
Monday, July 30, 2012
Pot luck Ramadhan..Part 1
hermm..tengah mengplankan family utk pot luch ramadhan a.k.a majelis bebukak posa secara pot luck and menunya ditentukan secara diktator oleh aku ai iaitu nasik kerabu special..harap2 dapat approval mem jugak since dia yg akan siapkan sambal segala bagai..
first2 bincang..angah tanya aku buat hapa since aku suruh dia beli ayam 2 ekor, daging 2 kilo ngan sutun utk dicelup tepung dalam 2.5 kilo sebab plan2 nak ajak gak sepupu2 yg lain.
so dengan selambanya nyer laa aku jawab..
okeh utk part aku ngan kak long
" tauge satu palastik, daun kesum 2 ikat, kcang pnjang 2 ikat ngan mentimun, lepah tue nasik ngan sambal ikan"
terus dia jerit..taik idung masinnn tul arr, aku ko suh beli memacam..ko beli sayur tue x sampai 5 hengget,,,
yang masakan nie lak sapa pernah makan..Lawar ikan, sejenis makanan kelantan sebab aku sempat buat lauk nie semalam untuk bukak pose, sendiri masak n memang best sebab dia tak perlukan api lansung.., yg perlu ialah ikan yang difillet mentah, asam nipis, daun kesum, kacang panjang,bawang merah.. then here we go, gaul2kan semua bahan tersebut, perap dalam 1 jam, bila azan jek..suapla ke mulut ngan berselera...
Sunday, July 22, 2012
Ramadhan Kedua vs 39c n Batuk2
Adoyaii masuk ramadan kedua keadaan aku still sama lagi, cuma lebih baik sikik dari semlm yg aku rasa lebih panas..bila nak okey kalau dah tahu demam tapi ubat x leh makan sebab posa..cuma semunya terletak pada kuasa tuhan..kalau dia izinkan sembuh..maka sembuhlaa, demam nie pown start dari hari jumaat lagi..
"ya allah ya tuhanku..kau sembuhkanlah aku.."
Wednesday, July 18, 2012
Mummy Adam & soklannya...
"abe..kalu saya x dop esok2, awak kahwin lain x..?" , agak2 apa jawapan yang nak diberi.., mgkin ada yang akan jawab, "percayalah sayang..abang x kan kahwin lain" macam dalam drama2 melayu, ataupun slot2 cerekarama atau samarinda.., tapi elakkan jawapan camnie..mcm jwapan aku yg boleh buat dia hangin.."maunyerr x.., calon dah ada, tunggu masa jek..".
for sure jawapan gitu boleh mengundang kemarahan siott..mcm jawapan nk lancarkan perang jek tu..
so jawapannya : biar la aku ngan dia jek tau...
Tuesday, July 17, 2012
Benz Adam & Bedtime's Story..II
Belalang...
Di dalam sebuah taman bunga, terdapat seekor belalang yang suka menyanyi dan menari. Ia berasa gembira kerana dapat hidup di dalam taman yang indah itu. Di dalam taman itu terdapat juga berbagai-bagai jenis bunga seperti bunga raya, mawar, dahlia, kenanga, melur dan cempaka. Taman bunga itu berwarna-warni dan harum. Tiap-tiap hari, belalang akan menyanyi dan menari. Ia akan melompat dari satu pokok ke pokok yang lain. Belalang mempunyai ramai teman di dalam taman itu. Ada rama-rama, kumbang, lebah dan semut. Mereka dapat tinggal di taman itu. Mereka sering bermain dan menyanyi bersama-sama.
Pada suatu hari, belalang mencari kesemua rakan-rakannya untuk bermain tetapi mereka semua sedang sibuk mencari makanan dan berpindah untuk berlindung sebelum musim hujan tiba. Belalang tidak percaya hujan akan tujun sebentar lagi. Ia asyik menyanyi dan menari sendirian. Setelah lama menyanyi, belalang pulang ke rumah dan tidur kerana keletihan. Hujan turun dengan lebat lalu belalang terbangun. Ia berasa sangat lapar tetapi di rumahnya tiada makanan.
“ Bila hujan berhenti bolehlah saya mencari makanan,” katanya dalam hati. Belalang berbaring semula dan tertidur. Apabila dia terjaga, hujan tetap turun dengan lebat. Belalang berasa menyesal kerana tidak mengikut nasihat rakannya untuk mencari makanan sebelum musim hujan. Akhirnya belalang jatuh sakit. Rakan-rakan belalang tidak mengetahui keadaan belalang yang sakit. Apabila hujan berhenti,lebah teringat akan belalang. Dia keluar dari sarangnya dan pergi ke rumah belalang. Ia amat terperanjat melihat belalang yang terlantar di atas katil di rumah.
“Saya akan membawa makanan,” kata lebah kepada belalang apabila melihat belalang terlalu lemah dan pucat. Lebah mencari semut dan rakannya yang lain untuk menolong belalang. Akhirnya belalang sembuh dan sihat. Belalang insaf dan sering mendengar nasihat daripada rakannya.
Monday, July 16, 2012
Benz adam & Mesin Rambut
15/07/2012 :-
Petang selepas zul n tica balik, maka ajak laa..si adam maen2 kat luar, bawak keluar motor dia, segala bola2 dia utk main dekat laman rumah, lepah jek dia larik2 dua tiga round, nampak serabai lak rambut dia, dah berpeluh sakan,..so aku ajak laa Ayah chik dia pegi kedai gunting rambut, kiranya pirst time utk dia gi gunting rmbut kat kedai, biasa belasah dekat rumah jek, kene botakkan dek mummy dia,
bila pirst time bawak tue, duk dalam kedai gunting tue, diam jek.., aku siap bisik kat dia..lepas nie turn adam, bila nak duduk kat kerusi tue, rasa dada dia berdengup kencang, pastu dan2 lak senyap jek.., biasa mulut kecoh tanya apa tu..apa tu kan, bila anne tue letak jek first lap mesin tuh, apa lagik..huwaaaa meraung laa, terkejut kut..
maka si ayah chik pown datang bagi anset, suruh dia main anset tu terus senyap. x sampai 5 minit pown siap anne tu buat kepala dia..yer la budak kecik..tapi yg kelakarnya, mcm muka bangga tunjjuk kat mummy dia..yg kepala dia dah kene gunting rmbut kat kedai..
Tuesday, July 10, 2012
Benz Adam & Bedtime's StoRies
Mungkin sebab umurnya dah meningkat, setahun 7 bulan, maka tidur pown nak kene citer bedtime stories bak kata omputih, semalam dalam accideng yg tak dirancang, tengah dia golek2 nak tido, aku pown tanya laa...Adam nak dengar citer x?
so dengan spontan dia menjawab..ermm, sambil anggukkan kepala, since memang tugas aku untuk tidokan dia, then maka bercerita la aku mcm pengalipurlara, siap tiru suara itik, buat2 suara gergasi. then yang best pulak pandai lak dia tarik selimut angry bird dia sambil menghayati citer dari suara deddy yang x sedap tue,
Maka bedtime story dulu sebelum tido yang mgkin aku jadikan satu routine nanti since boleh selitkan pengajaran dan pedoman untuk dia, yang cik leiny plak dah merancang untuk melawat MPH nak carik buku2 bedtime ngan kisah2 Nabi, sebab masa dia masuk nak ambik collection pampers Adam, aku tengah tiru suara itik dalam citer " Angsa Bertelur Emas", dia nak gelak pown ada,
Maka semalam, tercatat laa, si deddy yg jadi penglipurlara menceritakan kisah
" Angsa Bertelur Emas" dan " Jack with Bean tree" siap dua citer yg tanpa buku, then nasib baik aku still ingat citer2 sebegitu..bagus gak jadi pustakawan neh, Maka tertidurla Adam n penglipurlara yg bercerita..
Thursday, July 5, 2012
Be good Sometime's worthless..
Sekian lama, jadi orang baik dan cuba menjadi sebaik mgkin, tinggalkan segala benda mengarut, panas baran aku, dan nie mgkin luahan hati aku untuk orang2 yang selalu mgkin menilai ikut persepsi diorang. entahlaa manusia nie kadang merasakan diorang tahap gaban nyer perfect.
membuatkan aku terfikir pesanan Luqman nul hakim kepada Anaknya
" berhati-hati dengan mulut manusia, kerana sekiranya kamu mengikuti mereka, maka jadilah kamu orang yg tiada pendirian serta menzalimi dirimu sendiri"
Membuatkan aku terfikir, manusia mgkin takkan bahagia sekiranya melihat manusia lain bahagia, Mungkin mereka lebih bahagia apabila melihat manusia sekitar mereka bertelingkah, bergaduh dan tak aman sesama sendiri. Pesan orang2 tua memang amat bernilai dan bermakna, sesungguhnya yang akan membunuhmu bukanlah musuhmu tetapi sebaliknya adalah orang2 sekelilingmu..
dan mungkin mereka terlupa yang:-
" Orang yang baik ingin menjadi jahat lebih senang dibuli dan diusik daripada orang jahat yang ingin menjadi baik..," adalah sebagai peringatan, sesungguhnya kesabaran itu mgkin ada had dan batasan..
sesungguhnya, sekiranya kamu kesal dengan jalan hidupmu..janganlah kamu membuatkan orang lain susah atau menderita hanya kerana kamu mahu manusia sekelilingmu menderita seperti kamu..,kerana perbuatan kamu itu menyebabkan kamu terdiri dalam orang2 yang zalim..
Wednesday, June 27, 2012
Sesungguhnya Aku Takut...
sememmangnya aku memang takut, untuk berhadapan apa keputusan penyakit cik leiny, harap2 dia sihat, siyes bila bincangkan kalau benda tue dibuang, sanggup ker aku utk bersama dia selamanya,
aku sempat gak berseloroh, ermm iyerr x yer jugak..nak kahwin lain pown duit kumpul x cukup lagikk.., memang dia kan bengang nyer..
but aku cakap, well so far pown kita mcm nie kan, i still sebelah you jugak, kalau itu takdirnya..nothing different kan,
hermm,
Tuesday, May 15, 2012
Benz Adam Cameron 28/04/2012
gambar adam kat Bharat Tea, sebelum axcideng...
herm setelah lama sesangat, merancang, memplaning akhirnyaa ikut jugak perancangan cik leiny yg nak bawak adam utk bermlm di cameron..itu pown sebab ada kenduri, kalau tak tak tahu bila punya tahun ler akan sampai sana..biasanya cross ober the road then turun ikut gua musang terus ke kelantan..sebab x larat nak main jem kat cameron tuh,
stay kat brinchang, supaya dekat dengan tempat pasar malam tue, senang nak merayau kata cik leiny..mmg pown sebab dia ngan adam yg banyak tawaf kat apsar malam tersebut, macam2 gak ler dia beli..
Adam macam tau timing lak..tido time kete gerak, bangun pagi2 turun dari katil terus ambik strawberri breakfast..hamboiih, asyik main n merayau kat pasar malam brinchang tuh. satu yg best dekat sana bila bilik takder aircond
Subscribe to:
Comments (Atom)
















