Tuesday, April 28, 2009

LAMBAIAN KAMPUNG HALAMAN

"sekali sekalo balik kampung laman
berasa suko hati pon sene
warih sedara maro jupo angkat tange
ado cerito banyaklaa kenangan..
rasa serupo baru tinggal tak di
Berasa nyo saye nak tinggal lagi
baruh dan bendang kampung sendiri...."

Sunday, April 26, 2009

MENGHARAPKAN SEBUTIR BINTANG...


Mengharapkan sebutir bintang...
Semalam membuatkan aku termenung dalam menungan yang panjang. berita yang diterima selepas pemeriksaan yang dilakukan oleh wife aku, cik laini tue. laporan yang menyatakan wife aku tidak mengandung tetapi ada sesuatu dalam peranakannya. Membuatkan aku buntu seketika.. adakah ini sebahagian dari ujian Nya.
Sampai aku tak tahu nak buat apa, hanya melihat jam untuk menanti waktu pulang dari keje. yer laa.. kalau cakap ngan phone pun bukan buleh tanya detail karang silap2 wrong information karang mula la aku naik angin lak karang..
Herm.. sudahnya hari ini 26-04-2009 pagi2 lagi kitaorang dah terpacak di depan kilnik panel tuh. Aku ingat doktor pun belum sempat breakfast lagi... then macam2 la soalan aku kat doktor tuh, kalau ketumbuhan aper simptom2 dia. Sampai mungkin doktor fikir "budak nie doktor atau aku nie yang doktor". Hermm. yer laa.. kalau sapa tak takut weh, kalau jadik macam tuh.
Last last aku contact akak sepupu yang keje kat HUSM. siap faxs reports tue lagi. Sorry la kak kalau guna service akak. Syukur jugak sebab akak sepupu aku nie doktor pakar kat HUSM. Kira guna khidmat percuma laa. Hermm..penerangan dia membuatkan aku tenang kerana apa yang dia terangkan itu tak la seteruk yang aku ngan cik laini bayangkan...
Points of reports based on explaination Dr. zaleha (akak sepupu aku yang kat HUSM)
a) mungkin ketumbuhan tetapi peringkat awal, mungkin kene buat pemeriksaan lanjut untuk kepastian. Seawal mungkin untuk perubatan, then dia cakap kalau yang takder anak lagi mungkin doktor buang ketumbuhan sahaja unless its really critical yang terpaksa buang rahim, plak dah nie yang buat cik laini takut gila-gila.
b) Kemungkinan cik laini nie mengandung. HOHOHO nie berita yang memang kami tunggu2. sebab based dia cakap kalau awal-awal tak nampak lagi. Based on last miss carriage dulu pun urine test tak boleh test..last2 ianya pergi selepas 4 bulan dalam kandungan. Sedih gila aku masa tuh.. So explainantion yang kedua nie adalah Berita yang amat menyenangkan...
Hermm...
Harapanku.. kepada yang membaca nukinlan ku ini harap2 berikanlah secebis doa untuk kami Menempuhi Ujian dariNya.
Kepada yang tersayang..sekiranya segala kemungkinan yang akan terjadi abang akan tabah disampingmu..Cukuplah dirimu disisi sekiranya hanya itu yang diktakdirkan kepada kita untuk selamanya..kerana semua itu adalah Ketentuan dariNya..

Friday, April 24, 2009

Sepanjang kehidupan..







Sepanjang kehidupan..herm satu cerita yang panjang. tapi aku berterima kasih kepada insan yang sabar membentuk aku. yang selalu ada disisi walau apapun keadaan. Tanpa dirinya mungkin aku tak akan sampai kesini...



Sudah jauh perjalanan hidup, sampai mungkin aku terlupa haluan dan belajar untuk menghargai apa yang aku ada. Sampai satu saat, yang kita tak jangkakan kita akan tersedar erti kehidupan. Mungkin lumrah manusia mudah lupa pada fitrahnya, asalnya serta pemberian dari- Nya.



Mungkin kita sibuk mengejar waktu, mempersiapkan segala urusan. tapi kita terlupa sesuatu, cukupkah sebenarnya waktu itu jika dihitung dan dikira. Kerana kita tak pernah menghitung waktu untuk sujud dan mengucapkan syukur pada Nya. Pemilik waktu yang Agung yang manusia sendiri lupakan.


Kita terfikir, cukupkah waktu untuk kita mengira harta, mempersiapkan segala kerja, meraih sekalung perhargaan ataupun kalungan bintang bagi perbezaan taraf kehidupan. Namun kita terlupa yang suatu waktu nanti kita akan di bawa untuk dihitungkan, dan mungkinkah persembahan kita itu sebenarnya tiada nilai di sisi Nya. Kerana kita mengalunkan nyanyian kehidupan semerdu mungkin, namun tiada walau sepatah ucapan untuk Pencipta yang agung walau sumbang nadanya...


" Tuhanku... Aku tidak layak untuk syurgamu


Tetapi aku tidak pula sanggup menangung seksa nerakamu


Dari itu kurniakanlah Ampunan kepadaku


Ampunkanlah dosaku...


Sesungguhnya Engkaulah Pengampun Dosa-dosa Besar"






Diari zaman Siber

Mungkin nie la kisah pertama,

Thanks kepada cik aiza, yang memperkenalkan kepada hamba pasal blog nie. Mungkin inilah dikatakan kemajuan. Diari zaman siber, ader gambar, ader cerita, ader luahan semua benda boleh dipaparkan.

First at all, hamba nak mintak maaf dulu sebab kalau nak tahu pasal cinta sahih memang tak pakar dalam bab cintan cintun nie. Politik lagi arr tak tahu,

Dari itu..apa yang bolah hamba paparkan hanyalah kisah apa yang aku rasa. Apa yang aku pikir dan aper yang aku lalui. oleh itu hanya satu jek la nak diucapkan

selamat datang ke " MEMORIES OF SKIZO SKY"