Sunday, April 26, 2009

MENGHARAPKAN SEBUTIR BINTANG...


Mengharapkan sebutir bintang...
Semalam membuatkan aku termenung dalam menungan yang panjang. berita yang diterima selepas pemeriksaan yang dilakukan oleh wife aku, cik laini tue. laporan yang menyatakan wife aku tidak mengandung tetapi ada sesuatu dalam peranakannya. Membuatkan aku buntu seketika.. adakah ini sebahagian dari ujian Nya.
Sampai aku tak tahu nak buat apa, hanya melihat jam untuk menanti waktu pulang dari keje. yer laa.. kalau cakap ngan phone pun bukan buleh tanya detail karang silap2 wrong information karang mula la aku naik angin lak karang..
Herm.. sudahnya hari ini 26-04-2009 pagi2 lagi kitaorang dah terpacak di depan kilnik panel tuh. Aku ingat doktor pun belum sempat breakfast lagi... then macam2 la soalan aku kat doktor tuh, kalau ketumbuhan aper simptom2 dia. Sampai mungkin doktor fikir "budak nie doktor atau aku nie yang doktor". Hermm. yer laa.. kalau sapa tak takut weh, kalau jadik macam tuh.
Last last aku contact akak sepupu yang keje kat HUSM. siap faxs reports tue lagi. Sorry la kak kalau guna service akak. Syukur jugak sebab akak sepupu aku nie doktor pakar kat HUSM. Kira guna khidmat percuma laa. Hermm..penerangan dia membuatkan aku tenang kerana apa yang dia terangkan itu tak la seteruk yang aku ngan cik laini bayangkan...
Points of reports based on explaination Dr. zaleha (akak sepupu aku yang kat HUSM)
a) mungkin ketumbuhan tetapi peringkat awal, mungkin kene buat pemeriksaan lanjut untuk kepastian. Seawal mungkin untuk perubatan, then dia cakap kalau yang takder anak lagi mungkin doktor buang ketumbuhan sahaja unless its really critical yang terpaksa buang rahim, plak dah nie yang buat cik laini takut gila-gila.
b) Kemungkinan cik laini nie mengandung. HOHOHO nie berita yang memang kami tunggu2. sebab based dia cakap kalau awal-awal tak nampak lagi. Based on last miss carriage dulu pun urine test tak boleh test..last2 ianya pergi selepas 4 bulan dalam kandungan. Sedih gila aku masa tuh.. So explainantion yang kedua nie adalah Berita yang amat menyenangkan...
Hermm...
Harapanku.. kepada yang membaca nukinlan ku ini harap2 berikanlah secebis doa untuk kami Menempuhi Ujian dariNya.
Kepada yang tersayang..sekiranya segala kemungkinan yang akan terjadi abang akan tabah disampingmu..Cukuplah dirimu disisi sekiranya hanya itu yang diktakdirkan kepada kita untuk selamanya..kerana semua itu adalah Ketentuan dariNya..

No comments:

Post a Comment