Monday, January 25, 2010

Kerana Mulut Badan binasa...

semalam terkejut gak bila balik keje tengok berita pasal seorang bloger yang bernama "aduka Taruna". Betul ker kata2 mamat nie menghiris perasaan Kerabat Diraja Johor, Rakyat Johor serta Rakyat malaysia amnya. Aku terus check internet, herm memang nampak banyak komen2 dari blogger lain. Traffic sesak diwaktu itu...

Membuatkan aku terfikir coretan yang pernah aku baca dahulu. "manusia bila banyak berkata2 akan membuat dirinya menjadi alpa". Malah Pepatah melayu pernah menyatakan "biar mati anak jangan mati adat" dan adat melayu setia pada raja.

Kita boleh berkata2 tapi sekadar meluahkan pemikiran kita, perasaan kita bukannya kata2 kesat. Terlajak perahu buleh diundur, terlajak kata..semoga cik aduka taruna itu menyedari kesilapan diri sendiri. kata yang beremosi pasti takkan membawa kemana arah penyelesaian.

Janganlah hanya mengikut perasaan..terus meluahkan kata2 inilah padahnya. Bila yang berkata2 hanya belajar ilmu komputer ngan internet sahaja. Cuba2lah bawak belajar ilmu sejarah sama.

No comments:

Post a Comment