Tuesday, May 12, 2009

HAPPY MOTHERS DAY..MA

"Selamat hari ibu kepada Ma yang tersayang"
Selamat hari ibu..pada 09/05/2009.
Terima kasih kerana menjaga,mendidik kami sehingga kami sampai kesini. Bercerita pasal ma, aku amat bangga dengannya. Memang dia strict sikit. kalau kata tak boleh, memang tak boleh la jawabnya. Then yang paling amazing, kami boleh berbangga dengan tahap pendidikan yang kami terima. Cuma apa yang membataskan kami untuk pergi lebih jauh ialah "duit" yer laa pendapatan peneroka sebanyak mana sangatkan.
Tapi yang paling best, apa yang dapat kami beri dahulu ma akan hadir kesetiap majlis peyampaian hadiah selepas peperiksaan. Ma akan hadir kesetiap majlis penyampaian tersebut dengan bangga, senyum dan bercerita kepada tetangga betapa bangga dia. Tapi itu kalau lulus baik laa.. kalau tak lulus dengan baik, hehe lain plak cerita, sebab ma kan marah kalau buku rekod ada yang tak lulus... herm ader la leteran yang kene kat kami,
Ma aku ader secret macamana nak check kami lulus ker tak dalam buku rekod tue iaitu warna merah atau biru. Nie yang paling takut, dia takkan tanya no berapa, berapa markah, hermm yang dia tahu warna biru then merah. Kalau ada yang merah tue..ha tak lulus la bagi dia..
Walaupun sebenarnya ma tak tahu membaca, tak pandai berbahasa inggeris, tak pandai mengira. Tapi kami bangga, kerana kami mampu menjejakkan kaki ke menara gading sebagaimana mereka yang lain...
"Kenapa saya suka ma saya, Sebab Ma saya "the Best Mother"...

No comments:

Post a Comment