Teringat Zaman kanak2..
Dulu sewaktu aku kecil..mandi di Pantai cahaya Bulan..Memancing di muka Kuala Besar, mencari ikan semilai di bendang, bermain layang2. Menimba ikan begitu sinonim dengan masa kecilku. Kini semuanya dah berubah, mengingatkan betapa masa itu cepat berlalu. namun untuk kembali pada masa itu sudah tentu mustahil, betapa indahnya waktu kecil..
Dah laa.. aku tengok amin, yan, dan berapa budak lain main layang2, tangkap semilai di air kali yang barhampiran pantai itu membuatkan aku ingat nak join sekali. Tapi cik laini kita dah bagi warning " jangan masuk ke sungai tersebut, malu kat orang.." yerla kalau orang tua macam aku nie yang tangkap ikan semilai tentu la kene gelak ngan orang. adusss...
Mengamit kenangan bila..melihat orang menunggang kuda ditepi pantai, biasanya kalau masa kecil ku kita akan ada di pantai cahaya bulan sebelah Jalan baru. Then aku sebenarnya paling tak sabar nak masuk kedalam laut untuk mandi sebenarnya. hehe.. nak jugak cuba2 mencari remis/lala kat dalam pantai tue.. herm bila aku carik tak der pun. Nie mesti skill lama dah hilang atau bukan musim, atau memang dah pupus kat situ kut. Entah la..sebab aku pun baru je kepantai tue. tak sangka pulak pantai tu cantik.
kalau masa dulu..masa kecik2 aku ngan sepupu aku.. duan bom, konyet dan pjack, che mat, mus, pak di (pak cik aku) akan duduk sehari kat pantai cahaya bulan tue, dari memancing, mencari ketam atau udang kara, mencari remis, mencari ketam angin.. kadang2 membawa kemalam. kalau cuti sekolah lagi laa sampai tak ingat nak balik..Ala rumah nenek bukan jauh dalam 4km dari pantai jek pun. Kadang2 kitaorang buat unggun api, bakar ayam, remis, lokan, makan buah nipah.
Kalau yang asal dari kelantan..memang tahu itu kawasan banjir. paling best kalau banjir lagi laa.. pesta air laa, kene plak Pak mat (bapak sedara aku) buatkan perahu hermm apa lagi macam2 aktiviti mandi dan merayau..yang paling best part carik ayam sesat dalam banjir. Konon misi nak selamatkan ayam2 tu dari tenggelam. Last2 selamat disembelih dan dibakar oleh kitaorang laaa...
Kalau selepas banjir aktiviti lain plak, mencari semilai/sepilai. Herm time ni buleh tengok la ramai budak2 datang carik ikan tue..biasa kan start pada pukul 4-7 petang. Banyak la botol2 berisi ikan dalam bilik kitaorang...Then akan ader episod cabar mencabar untuk melagakan ikan tersebut. hahaha..Tapi budak sekarang dah tak main ikan2 nie kut, mungkin diorang sibuk ngan laptop , kelas tuisyen laa.. tak mencabar langsung bagi aku..nie kalau tau kat Cik laini sure aku kene kutuk nie.
Sebab tue bila aku kat tepi pantai tengok orang-orang yang ada kat situ, aku termenung sekejap, sampai cik laini tegur, "awak ingat awek lama ker?'. Aku hanya senyum, then untuk pengatahuan Cik laini biniku sayang saya bukan ingat awek lama, saya ingat masa saya kecik2 dulu...kalau dia tahu sahih dia gelakkan aku..pasal kenangan aku ngan pantai..terutama pantai cahaya bulan atau P.C.B. hermm betapa syahdunya ku rasakan...
No comments:
Post a Comment